Monday, January 8, 2007

Cabaran #1 : SEO - Keyword "Melayu Boleh"

Anda mempunyai kemahiran SEO (Search Engine Optimization) yang tinggi? Jika “Ya” inilah masa yang sesuai untuk anda menerima sedikit habuan melalui kemahiran dan pengetahuan yang anda miliki.Dibawah adalah petikan yang saya ambil dari WangCyber.com mengenai pertandingan Keyword “Melayu Boleh“.

Makluman:
Keyword “melayu boleh” adalah merupakan salah satu keyword yang mempunyai kadar carian yang tertinggi bagi rantau asia tenggara (terutama bagi Malaysia & Singapura). Kadar carian keyword tersebut pada bulan lepas sahaja mencatatkan jumlah carian sebanyak 14,220(statistik dari overture).

Tempoh Cabaran:
Bermula 1 January 2007 hingga 31 January 2007 (akan dilanjutkan jika didapati tiada seorang pun yang berjaya mendapat top ten dalam google atau yahoo)

Ukuran Kemenangan:
Pemenang akan dilihat berdasarkan purata kedudukan ranking yang tertinggi di dalam search engine google & yahoo pada 1 February 2007.

contoh kiraan..

Website A mendapat no 1 di google dan no 5 di yahoo, maka score website A ialah , (1+5)/2 = 3

Website B mendapat no 2 di google dan no 2 di yahoo, maka score website B ialah, (2+2)/2 = 2

Maka pemenang ialah website B.

Keputusan pengadil adalah muktamad. (Pengadil adalah pihak WC dan pihak yang menaja hadiah.. he he he)

Hadiah:
Tempat Pertama : RM 100
Tempat Kedua : RM 60
Tempat Ketiga : RM 40

Lain-lain syarat & peraturan
- perlu letakkan perkataan “wangcyber.com” di website anda sepanjang cabaran berlangsung.

Bagi yang berminat menyertai pertandingan ini anda bolehlah mengesahkan penyertaan anda di ruangan forum WangCyber.com

P/S : Jangan lupa juga mendaftakan diri anda di ruangan Forum Pemasaran Internet.

P/S/S : Blog ni khas untuk Misi Khas Melayu Boleh

No comments: